Sunday, November 2

SAWADDEE KA




bapa dengan gaya ketika 'shopping' dan bila sudah penat secawan kopi starbuck jadi hidangan.

pada 23hb oct yang lepas empat beranak hj noor kaseh telah berlancong ke bangkok thailand dengan tujuan untuk membeli belah sambil menikmati makanan terkenal thailand.kami menghabiskan masa selama 4 hari di kota yang terkenal dengan sopan santun penduduknya.tidak pernah sekali pun kami mendengar suara tinggi mahu pun orang yang bergaduh.ini ialah lawatan pertama bagi islah, kedua bagi saya dan sudah lama bagi bapa dan hjh ehsan(kali terakhir mereka pergi ialah pada tahun 80an)

kami tinggal di sebuah hotel yang bernama grand watergate hotel yang terletak di tengah-tengah wilayah pratunam di mana kebanyakkan tempat membeli belah seperti pratunam market,platinum mall, city centre dan mbk centre.di sepanjang jalan nya juga penuh dengan gerai kecil kecilan menjual barang barang dan makanan.walaupun kami hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati suasana jual beli,kami juga ada mengunakan khidmat teksi dan tuk tuk (sejenis motosikal) untuk pergi ke tempat tempat yang selalu di kunjungi para para pelancong seperti chatuchak market,chinatown,night market,arab street dan bobae market.sememang nya kami lenguh kaki oleh nya.apa kata orang orang ketani 'kalau orang brunei sanggup'

tidak ketinggalan juga kami menikmati bermacam macam juadah tempatan atau pun arab.jangan khuatir di sana memang banyak tempat tempat makan yang halal dan kebanyakkan teksi dan tuk tuk memang tahu mana tempat tempat nya.boleh di katakan semua makanan nya sedap sedap belaka dan harganya berpatutan tetapi berhati hati bila memesan makanan nya supaya kurang kan pedas nya.kalau tidak berapi lah mulut.

bangkok, saya tentu akan melawat nya lagi.